Connect with us

Mobile Legends

Fredo berehat dari MLBB, fokus lebih kepada PUBG Mobile

Published

on

Fredo merupakan Kapten Shopee Bosskurr sebelum ini. - Foto: MYSG.MPL.MOBILEGENDS.COM

PEMAIN e-sukan kompetitif Ahmad Fuad Razali (Fredo) disahkan akan berehat untuk sementara waktu dari pasukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) Shopee Bosskurr.

Perkara itu diumumkan pengurus MLBB Shopee Bosskur, Nureddy Nursal (Daddy) dalam satu penstriman langsung hari ini.

Menurut Daddy, Fredo akan memberi tumpuan kepada Bahagian PUBG Mobile organisasi Bosskurr dan akan mula menyertai kejohanan e-sukan tersebut secara kompetitif.

“Slot Fredo di dalam MLBB Shopee Bosskurr akan digantikan dengan Herwin Baharuddin (Rush),” kata Daddy.

Jelas Daddy lagi, Shopee Bosskurr akan memberi fokus lebih kepada bidang penstriman langsung dan hanya akan sertai kejohanan-kejohanan utama seperti Liga Profesional (MPL) atau Sukan SEA 2019.

Click to comment

Cuba komen sikit

Mobile Legends

Buku 101 Tips Bosskurr mula dijual

Published

on

Buku 101 Tips Bosskurr

BUKU panduan bagi peminat-peminat pasukan pasukan popular tanah air Team Bosskurr iaitu ‘101 Tips Bosskurr’ telah mula dijual sejak semalam.

Selain berkongsikan mengenai panduan, buku itu turut menceritakan mengenai perjalanan Team Bosskurr dalam industri e-sukan.

“Buku ini khas untuk semua yang berkongsi pengalaman seperti kami. Kami bangga apabila kejayaan kami menjadi contoh kepada generasi muda untuk mengejar cita-cita dalam bidang e-sukan.

“Kami menyifatkan buku ini sangat berguna kepada anda untuk dijadikan panduan.

“Dalam buku ini, kami berkongsikan tips yang menyifatkan penting dan banyak membantu kami menjadi siapa diri kami sekarang,” kata Team Bosskurr di kulit belakang buku itu.

Team Bosskurr juga berharap buku tersebut dapat membantu peminat-peminat untuk berjaya dalam bidang e-sukan.

Bagi anda yang mahu mendapatkan buku ini, boleh ke pautan : https://sirhafiz.onpay.my/order/form/101tips

Continue Reading

Mobile Legends

Bila hero klasik Mobile Legends jadi makin power, semuanya kerana projek NEXT Mooton

Published

on

Hero Yi Sun-shin merupakan antara hero yang mendapat kemaskini dari Mobile Legends. Dari marksman kini marksman/assassin. - Foto Mobile Legends

PADA awal Jun lalu, Moonton mengumumkan mengenai NEXT, iaitu satu projek jangka masa panjang yang memberi tumpuan kepada pelarasan, kemaskini bunyi, seni dan pembangunan IP bagi memberikan pengalaman yang terbaik dan berkualiti tinggi bagi pengguna dan pemain.

Menurut Moonton, sejak Mobile Legends semakin berkembang dari segi rekaan mekanik hero dan corak permainan, beberapa hero klasik dilihat semakin kurang mendapat sambutan dari pemain berbanding hero-bero baharu.

Dalam projek NEXT, Moonton berkata pihak pembangun Mobile Legends akan berkerja secara progresif dalam usaha meningkatkan mutu dan pengubahusaian hero-hero klasik itu supaya ia menjadi lebih unik dengan ciri-ciri tersendiri.

“Antara aset besar dalam NEXT adalah peningkatan dan pengoptimuman kawalan dalam permainan.

“Ciri pertama yang akan didedahkan adalah “Sasaran Pintar” yang membolehkan pemain untuk memilih sasaran secara bebas dan lebih tepat ketika menggunakan skil hero.

“Pasukan kami berharap dengan perlaksanaan fungsi ini dapat membawa nilai kompetitif MOBA kepada tahap lebih tinggi,” kata Moonton dalam satu kenyataan media.

Selain itu, dalam usaha menyelesaikan masalah penglihatan yang terhad pasukan pembangun Mobile Legends turut menyatakan bahawa pihaknya telah membuat penambahbaikan dengan mengusahakan kaedah seperti zum keluar dan kamera condong semasa wira menggunakan kebolehan masing-masing.

Mobile Legends bukan satu nama asing dalam kalangan komuniti e-sukan, terutama di Malaysia.

Ia telah memperolehi kejayaan yang besar dengan melakukan proses peningkatan dan penyesuaian dalam permainan.

“Bagi memberi pengalaman permainan yang lebih baik dan bermutu kepada para pemain, inovasi sentiasa menjadi teras dalam permainan ini.

“Kejayaan Mobile Legends: Bang Bang 2.0 pada tahun 2019 telah membuktikan bahawa kualiti permainan adalah penting dan kami percaya, sebagaimana berjayanya inisiatif ini, begitu juga dengan projek “NEXT”,” tambahnya.

Moonton berkata, projek NEXT akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Continue Reading

Mobile Legends

Kami expect lebih dari SMG, tapi mereka main secara biasa sahaja – Phoenix AuraFire

Published

on

PEMAIN profesional Mobile Legends pasukan Indonesia AuraFire, Patrick Siagian (Phoenix) menyifatkan pasukan Malaysia, Team SMG sebenarnya boleh bermain lebih baik berbanding apa yang ditonjolkan dalam Kejohanan Piala 4 Negara Liga Profesional (MPLI) semalam.

Phoenix berkata dia kecewa apabila Team SMG memilih untuk bermain dengan ‘selamat’.

“Saya rasa mereka boleh buat dengan baik, sebab kami mengharapkan yang lebih dari Team SMG.

“Kami menjangkakan Team SMG mempunyai kelompok hero yang lebih banyak, dengan strategi-strategi yang tidak pernah dilihat.

“Namun mereka bermain dengan biasa sahaja dengan mengeluarkan hero-hero meta hyper carry,” kata Phoenix.

Phoenix berkata demikian dalam satu temu bual bersama penganalisis MPLI, Andriyana Mohamed Ghazali (ChuChu) selepas perlawanan Team SMG dan AuraFire tamat.

Dalam perlawanan peringkat Kumpulan A tersebut, AuraFire menang mudah 2-0 ke atas Team SMG.

AuraFire juga mencatatkan rekod terpantas menamatkan permainan dalam MPLI dengan catatan 8 minit 41 saat.

Rekod itu dilakukan pada pusingan pertama menentang Team SMG.

Jelas Phoenix, pasukannya berlatih setiap hari walapun hanya diberikan persiapan selama sebulan. Phoenix juga berkata AuraFire turut menukar barisan pemainnya sebelum ini.

MPLI telah membuka tirainya semalam dengan memulakan saringan peringkat kumpulan A.

Dalam kumpulan A, pasukan Indonesia, ONIC Esports kini berada di kedudukan paling atas dengan 2 mata selepas menang 2-0 ke atas pasukan Malaysia, Todak dan Team SMG.

MPLI menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM420,000.⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Ia akan berlangsung sehingga 5 Julai 2020.⁣⁣⁣

Continue Reading

Trending

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved