Connect with us

PUBG Mobile

Podvosto akan menjadi milik kami di Liga Dunia – NoChance

Published

on

PASUKAN profesional PUBG Mobile Mongolia, NoChance menyatakan bahawa mereka akan menguasai kawasan Podvosto dengan menewaskan pasukan negara, Team Secret dalam Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) akan datang.

Pengurus pasukan NoChance, Temuulen Odonchimeg (T-GoD), berkata dia percaya bahawa Podvosto bakal menjadi milik NoChance pada awal pusingan di Vikendi nanti.

“Berbanding Team Secret, kami adalah kuda hitam bagi kejohanan ini.

“Kami mengutamakan pemilihan lokasi mendarat bagi mengoptimumkan mata kedudukan pasukan.

“Saya yakin dan percaya 100% bahawa pemain-pemain kami akan menjadikan Podvosto milik NoChance di PMWL,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama WTM Today,

Sementara itu, apabila disoal mengenai siapa pesaing terhebat dalam kumpulan dan liga dunia ini jawapan T-GoD: “Setiap pasukan sememangnya berkaliber dan mampu memberikan saingan pada setiap pusingan perlawanan.

“Oleh itu, kami akan memperbaiki komunikasi dalam permainan untuk menunjukkan kebolehan pemain-pemain dari Mongolia,” katanya yang turut memainkan peranan sebagai jurulatih NoChance.

T-GoD dalam masa yang juga merakamkan penghargaan kepada peminat yang memberi sokongan kepadaNoChance.

Dia juga berharap bahawa pasukan NoChance mampu mencapai lebih banyak pencapaian demi peminat.

Pasukan NoChance dari Mongolia ini pada mulanya dibarisi Kos, Heineken, Offdels dan Miskey.

ChocoNutX dan Godless, penembak-penembak terbaik mereka diperkenalkan ke dalam barisan pemain mereka apabila menjelangnya pusingan kelayakan PMCO 2020 Spring Split.

T-GoD juga menjelaskan maksud tersirat nama pasukan “NoChance”, iaitu mereka tidak akan memberi apa-apa peluang kepada pesaing mereka.

NoChance yang mewakili Mongolia bakal beraksi di PMWL pada 10 Julai nanti.

Kejohanan itu bakal menawarkan hadiah wang terkumpul terbesar anjuran PUBG Mobile Esports iaitu kira-kira RM3.6 juta (AS$300,000).

Click to comment

Cuba komen sikit

PUBG Mobile

RECAP: Perjalanan Team 2020, The One and Onleh Yoodo Gank dari 2019 sehingga PMWL Musim Zero

Published

on

Foto fail

BERADA di tempat terakhir Liga Profesional PUBG Mobile Musim Zero bukanlah satu pencapaian yang memuaskan, namun ia tidak bermakna usaha-usaha pemain Yoodo Gank ke pentas dunia perlu dinafikan secara total.

Menerusi artikel ini, WTMToday akan mengimbas kembali detik-detik perjalanan kompetitif pemain-main The One and Onleh.

26 Januari 2019
Berada di pasukan berbeza sewaktu PMNC 2018, sebelum bersama sebagai Yoodo Gank

Umum mengetahui kapten pasukan Yoodo Gank Aiman Mohd (Manparang) merupakan bekas pemain profesional Player Unknowns’ BattleGrounds (PUBG) dan peneraju pasukan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Gank FTY.

Skuad Gank FTY yang turut dianggotai Azim Ikromi (Draxx) pernah merangkul kejuaraan Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2019.

Pada kejohanan itu, Ahmad Fuad Razali (Fredo), membuat kemunculan pertamanya di pentas kompetitif PUBG Mobile bersama TXS Bosskurr di PMNC 2019 selepas mengambil keputusan untuk berehat sebagai pemain profesional Mobile Legends Bang Bang.

BACA: Fredo berehat dari MLBB, fokus lebih kepada PUBG Mobile

Foto: Instagram/ draxxofficial

Satu lagi anggota Yoodo Gank Izzrudin Hashim (Jumper) mewakili pasukan Victorious in Play (VIP) dan berjaya mendapatkan tempat keempat bagi kejohanan tersebut.

4 April 2019
PMCO Malaysia 2019

Selepas mendapat tajaan dari syarikat telekomunkasi Yoodo, Gank FTY kini dijenamakan semula sebagai Yoodo Gank.

Langkah besar pertama pasukan Yoodo Gank? Kejohanan kelayakan untuk ke peringkat Asia Tenggara: PMCO Malaysia 2019.

Menghadapi tentangan sengit daripada pasukan baharu, Genexsus yang kini dikenali sebagai Team Secret MY, pasukan Yoodo Gank pada ketika itu terpaksa akur di tempat keempat.

Dengan kejayaan mereka berada di kelompok pasukan kelima terbaik, pasukan Yoodo Gank yang pada waktu itu dibarisi Mohd Hazim Abd Hamid (Jimboy), Mohammad Hafizi Baharudin (Geek), Draxx dan Aiman Mohd (Manparang) berjaya melayakkan diri ke Liga Asia Tenggara PMCO Musim Bunga 2019.

8 Mei dan 17 September
Liga Asia Tenggara PMCO Musim Bunga dan Musim Luruh

Liga Asia Tenggara PMCO merupakan langkah pertama Yoodo Gank di pentas antarabangsa.

Skuad tanah air itu terpaksa menentang pasukan-pasukan berkaliber seperti juara dunia pada ketika itu, RRQ Athena dari Thailand.

Pada ketika itu, sememangnya pasukan-pasukan Thailand dan Indonesia dilihat mendominasi carta keseluruhan dengan tidak memberi ruang sekalipun bagi pasukan-pasukan tanah air.

Yoodo Gank pada ketika itu mendapatkan tempat ke-13 bagi kejohanan Liga Asia Tenggara PMCO Musim Bunga dan tempat ke-14 bagi Liga Asia Tenggara PMCO Musim Luruh 2019.

Mengorbankan waktu hari raya demi mengutip pengalaman berharga di bumi China, pasukan-pasukan tanah air sedaya upaya memperbaiki corak permainan bagi melahirkan sinar harapan baharu dalam arena esukan PUBG Mobile Malaysia.

1 Disember 2019
Pasukan Malaysia pertama beraksi di Final PMCO 2019

Barisan pemain Yoodo Gank 2019: Zully, iShotz, Geek dan Manparang

Tanggal 1 Disember 2019, pasukan Yoodo Gank menjadi pasukan tanah air pertama untuk melayakkan diri ke Final PMCO Musim Luruh 2019.

Kejayaan pasukan negara ini sememangnya memberi nafas baharu kepada industri esukan negara terutamanya bagi kategori permainan peranti mudah alih negara.

Jumper pada ketika itu bertindak sebagai jurulatih dan penganalisis pasukan Yoodo Gank bagi mengukukah corak permainan secara menyeluruh untuk menghadapi kejohanan dunia itu.

BACA: #PMCO2019 : Jumper bakal jadi jurulatih Yoodo Gank

Sementara itu, Ahmad Fuad Razali (Fredo) pula dijemput menjadi pengulas pada peringkat final PMCO itu.

28 Disember 2019
Penambahan Fredo, Jumper melahirkan gelaran ‘Team 2020’

Barisan pemain “Yoodo 2020”: Draxx, Manparang, Jumper dan Fredo

Pasukan bertaraf dunia” itulah yang ingin disampaikan kepada para peminat dengan barisan baharu ini.

Menentang pasukan-pasukan dunia pada ketika itu, Yoodo Gank mempamerkan aksi cemerlang sehingga mendapatkan jumlah mata bunuh tertinggi di belakang pasukan-pasukan rantau China di Kejohanan PeaceKeeper Elite (PEC) 2019.

Ia turut merupakan kejohanan besar pertama buat barisan terbaharu yang dibarisi Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx), Aiman Amirul (Manparang), Ahmad Fuad Razali (Fredo), Izruddin Hashim (Jumper).

BACA: ‘Team2020’ Yoodo Gank punyai pontensi besar, raih Top 7 Peacekeeper Elite Championship

3 Mac 2020
Belum lagi rezeki, Yoodo raih tempat PMPL MY/SG

Meski beraksi dengan baik pada peringkat liga, namun Yoodo Gank terpaksa akur dengan meraih tempat kedua dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Walaupun gagal mendapatkan tiket automatik ke Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, kekalahan di peringkat kebangsaan ini menjadi pembakar semangat kepada mereka di peringkat Asia Tenggara.

1 Mei 2020
Kedua terbaik di Malaysia, tapi yang terbaik di Asia Tenggara

Tiada siapa dapat menjangkakan pasukan Malaysia bakal menjulang piala kemenangan PUBG Mobile rantau Asia Tenggara. Tiada siapa.

Namun, pasukan PUBG Mobile Malaysia Yoodo Gank berjaya membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil apabila dinobatkan sebagai juara Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama.

Merentasi sempadan industri esukan, dengan kejayaan tersebut, pasukan The One and Onleh itu turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records dan penghargaan dari Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

BACA: PMPL SEA Final: Menteri KBS, Reezal Merican ucap tahniah kepada Yoodo Gank

11 Julai 2020
Aksi Team 2020 di PMWL Timur

Permulaan baik bagi pasukan Yoodo Gank di Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur apabila berjaya mengutip tiga Chicken Dinner berturut-turut seterusnya melonjakkan mereka naik ke tempat pertama peringkat liga pada ketika itu.

BACA: Yoodo Gank kekal ranking pertama PMWL Timur selama dua hari berturut-turut!

Namun, awan tidak selalu mendung dan langit tidak selalu cerah. Selepas beberapa hari berada di ranking pertama Super Weekend PMWL Timur, ia kemudiannya mula didominasi pasukan-pasukan dunia yang lain.

Yoodo Gank juga terus mempamerkan prestasi yang merosot apabila gagal menyertai peringkat Super Weekend kedua.

Yoodo Gank mampu bangkit seketika dengan memperbaiki kedudukan pada peringkat League Weekend dan Super Weekend ketiga sehingga melayakkan diri ke final.

Meski berjaya mengucap satu Chicken Dinner pada final, namun Yoodo Gank sekadar meraih kedudukan ke-16 secara keseluruhan tamat 24 pusingan yang dipertandingkan.

Namun demikian, tempat ke-16 pasukan Yoodo Gank bukan semata-mata bermakna mereka berada di tangga terakhir kejohanan akhir PMWL Timur namun anggaplah pasukan negara kita berada dalam kelompok 16 pasukan PUBG Mobile terbaik di seluruh dunia.

Selepas 1 minggu PMWL Timur tamat, Yoodo Gank akan beraksi kembali dalam arena kompetitif PUBG Mobile.

Saksikan kebangkitan semula Yoodo Gank dalam aksi PMPL MY/SG Musim Kedua pada 18 Ogos nanti.

Continue Reading

PUBG Mobile

PMWL: Tontonan kemuncak melebihi 1.1 juta penonton

Published

on

PMWL Musim Zero yang lalu menyaksikan pasukan Indonesia Bigetron Red Aliens mempertahankan gelaran juara dunia selepas memenangi kejuaraan itu bagi bahagian Timur. - Foto fail

LIGA Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur Musim Zero mencatatkan jumlah tontonan kemuncak sebanyak 1,154,865 juta penonton pada pusingan ke-24, hari terakhir peringkat final.

Tencent dalam satu kenyataan media hari ini berkata, PMWL Musim Zero yang disiarkan secara langsung di platform YouTube, Twitch dan Facebook telah ditonton selama 40 juta jam sejak ia dimulakan 11 Julai lalu.

Pada peringkat final PMWL Musim Zero yang berlangsung pada hujung minggu lalu menyaksikan 32 pasukan PUBG Mobile terbaik dunia bertarung dalam 24 pusingan yang mencabar untuk merebut gelaran juara.

Bagi bahagian PMWL Timur, jaguh dunia dari Indonesia Bigetron Red Aliens mempertahankan gelarannya selepas mendahului penyandang tempat kedua dari India Orange Rock sebanyak sembilan mata.

Sementara itu bagi PMWL Barat, ia dimenangi pasukan dari Turki, Futbolist.

Pada peringkat final itu juga menyaksikan pemain Futbolist, Alper Umut Can Ayyildiz (Solkay) dan Ngo Ngoc Haiwere (BreaK) muncul sebagai pemain terbaik Grand Final.

Kedua-dua pemain itu membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM12,000 (AS$3,000).

PMWL Musim Zero turut menyaksikan penganjuran Anugerah Pilihan Peminat dengan juara membawa pulang kira-kira RM8,000 (AS$2,000).

Anugerah ini berdasarkan undian peminat yang dilakukan pada Julai lalu.

Pemain profesional Malaysia Ahmad Fuad Razali (Fredo) dari Yoodo Gank menjuarai bagi kategori Asia Tenggara.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Pilihan Peminat PMWL Musim Zero:
⦁ Alper Umut Can Ayyildiz (Solkay) – Futbolist -Eropah
⦁ Ahmad Fuad Razali (Fredo)- Yoodo Gank – Asia Tenggara
⦁ Tanmay “Sc0utOP” Singh – Orange Rock – Asia Selatan
⦁ Jeon Min Jae (Sayden)- T1 – Korea Selatan
⦁ Tengis Batnasan (ChocoNutX) – NoChanceTeam – WildCard
⦁ Suzuki Kento (SaRa)- Reject.Scarlet – Jepun
⦁ Kozhir Akram Karim (BAYe) – Frag Machines – Timur Tengah
⦁ Gonzalo Ayala (Ayala) – Team Quesco – Rantau America

Tencent turut mengumumkan pemenang bagi Anugerah e-sukan PUBG Mobile bagi pemain terbaik Liga Profesional (PMPL) iatu:

⦁ Azim Ikromi (Draxx)- Yoodo Gank – Asia Tenggara
⦁ Lucas Miguel (Carrilho)- Loops Esports – Rantau Amerika
⦁ Vivek Aabhas Horo (ClutchGod) – TSM Entity – Asia Tenggara

Selepas tamatnya PMWL Musim Zero, kejohanan kompetitif PUBG Mobile akan kembali berlangsung dalam masa beberapa hari menerusi penganjuran PMPL dan PMCO di beberapa negara.

Continue Reading

PUBG Mobile

Bigetron Red Aliens juara PMWL Timur Musim Zero, bawa pulang RM418,000

Published

on

Foto fail

SELEPAS hampir sebulan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur dijalankan, pasukan Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) muncul sebagai juara.

Pasukan Bigetron RA dari Indonesia itu berjaya mempertahankan gelaran juara dengan mengumpulkan 287 mata secara keseluruhan.

Menerusi kemenangan itu, Bigetron RA membawa pulang kira-kira RM418,000 (AS$100,000).

Pada hari terakhir peringkat akhir PMWL Timur, Bigetron RA berjaya memintas pasukan RRQ Athena dari Thailand yang sebelum ini mendahului dengan empat mata di hadapan Bigetron RA.

Juara Dunia PMWL Timur ini turut menjuarai peringkat liga pada 2 Ogos yang lepas apabila berjaya mengutip 522 mata dengan 5 Chicken Dinner di peringkat Super Weekend PMWL Timur.

BACA: PMWL: Bigetron RED Aliens menang peringkat liga, bawa pulang RM212,000

Sementara itu, wakil negara, Team Secret MY berada di kedudukan ke-15 dengan 150 mata keseluruhan dengan 63 mata bunuh.

Satu lagi wakil Malaysia Yoodo Gank berada di tangga ke-16, dengan 142 mata selepas 24 pusingan yang dipertandingkan.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports
Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Kedua-dua pasukan Malaysia itu masing-masing membawa pulang kira-kira RM58,000 (AS$14,000) dan RM25,000 (AS$6,000).

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 juta (AS$450,000) secara keseluruhan.

Continue Reading

Trending

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved