Connect with us

Mobile Legends

Sabah ungguli MLBB hari pertama SUKMA 2024

Published

on

Foto kredit: Persatuan Sukan Elektronik Sabah

SARAWAK – Pasukan Sabah memulakan Sukan Malaysia (SUKMA) mereka dengan cemerlang pada peringakat kumpulan kejohanan Mobile Legends Bang Bang di SUKMA Sarawak 2024 dengan mengalahkan empat lawan.

Dalam perlawanan pertama, Sabah menewaskan pasukan Terengganu dengan keputusan 2-0.

Kehebatan mereka terserlah lagi sekali apabila mereka berjaya mengalahkan pasukan Selangor dengan keputusan 2-1.

Pertandingan seterusnya menampilkan Sabah berdepan dengan pasukan Kedah, dan Sabah sekali lagi berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1.

Perlawanan akhir, Sabah mengalahkan Johor dengan keputusan 2-0.

Kejayaan awal ini memberikan momentum besar kepada pasukan Sabah, dan mencerahkan lagi peluang mereka untuk mara ke pusingan seterusnya.

Pertandingan ini berlangsung di Swinburne University of Technology Kuching, Sarawak.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved